Rabu, 12 Ogos 2009

kepada pengampu dan tawaukini

test post

TAJUK: KEPADA PEMBACA TAWAUKINI.COM

Assalamualaikum w.b.k.t…..

Terima kasih kepada semua pembaca TawauKini.com…

Untuk makluman semua, terdapat komentator-komentator yang cuba menjadikan TawauKini.com sebagai landasan untuk mereka memaki hamun atau memperburuk-burukkan orang lain, dengan cara melempar batu sembunyi tangan.

Tidak kurang juga terdapat komen-komen yang memperburuk-burukkan TawauKini, terutamanya daripada komentator yang menggunakan nama Farock.

Selaku pemilik web ini, saya tidak faham mengapa ada komentator yang bersikap sedemikian.

Sedangkan mereka tidak pernah pun mahu membantu kami menguruskan TawauKini.com yang serba kekurangan, baik dari segi tenaga kerja mahupun dari segi dana.

Mereka merasakan hanya fikiran dan tindakan mereka yang betul. Memaki, mencarut, memfitnah, memburuk-burukkan orang lain (tetapi menyembunyikan identiti diri) menjadi seakan budaya dan kehidupan mereka.

Berikutan itu, TawauKini terpaksa menutup ruangan komen dan Zon Borak. Kata-kata kesat yang digunakan hanya menjatuhkan imej warga Tawau sendiri.

Kepada mereka yang tidak berpuas hati terutamanya Farock, terpulanglah apa yang anda hendak katakan. Saya percaya, masyarakat bijak untuk menilai tindakan dan kata-kata anda.

Jika timbul sebarang rasa tidak puas hati terhadap kewujudan laman web ini, sila hubungi saya di talian 0135595596 dan kita boleh bertemu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Itu lebih baik dari ‘lempar batu sembunyi tangan’.

Kepada pembaca lain, maaf di atas segala kelemahan TawauKini.com. Laman web ini tidak dibiayai oleh sesiapa, termasuk yang hanya tahu melempar kata-kata fitnah di dalam laman ini.

Suka juga dinyatakan, TawauKini mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi membantu dengan ikhlas bagi memajukan laman web ini, bukan untuk kebaikan sesiapa, tetapi kebaikan kita warga Tawau.

Hubungi saya di talian di atas jika anda sudi membantu dari apa jua aspek sekalipun.

Sekian.




THE REPORTER

source from

_

admin: Saya sebagai ISLAM, yang benar sudah pasti AL-Quran dan Hadith,
SELEBIHNYA terpulang dari pemikiran pembaca

jangan lah risau pasal lempar batu sembunyi tangan jika.
sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui.
_

internet its free~~ ....... aramaitieeeee..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

test,, komen2..

terima kasih kerana membaca.

Catat Ulasan

 

Template by NdyTeeN