Jumaat, 14 Ogos 2009

Tawau, 30 Buah Rumah Di Kampung Vietnam Musnah Dalam Kebakaran




Sebanyak 30 buah rumah di Kampung Vietnam, sebuah perkampungan setinggan, di Tanjung Batu Laut, tawau, edkat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 11 pagi Rabu.

Kebakaran di kampung yang terletak cuma 10 meter dari tempat penyimpanan kira-kira 20,000 tong gas memasak sebuah syarikat petroleum di sini, mengakibatkan kehilangan tempat tinggal kepada kira-kira 40 keluarga melibatkan 210 orang.

Dalam kejadian berkenaan, seorang wanita dalam lingkungan 40-an melecur di bahagian tangan kanan sementara seorang lagi wanita tua cedera di kaki kanan sebelum pengsan kerana terjatuh

Wanita yang dikenali sebagai Arpah Kati, 55, dikatakan terjatuh semasa berlari untuk menyelamatkan dua cucunya di rumah mereka yang terletak berhampiran rumahnya. Dua orang cucunya itu kemudian diselamatkan oleh jiran.

Ketika kejadian, kebanyakan penghuni sedang keluar bekerja dan menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, sabah Albert Jiran Tanjung ketika ditemui berkata mereka menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11 pagi dan kebakaran dapat dikawal 40 minit kemudian.

Katanya dua jentera bomba dengan 30 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan namun pihaknya terpaksa menggunakan air parit berhampiran untuk memadamkan kebakaran itu kerana masalah tekanan air rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung berkenaan Jade Lahaya, berkata kejadian berkenaan merupakan yang ketiga sejak tahun 2004.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samad yang berada di tempat kejadian berkata pihaknya akan berusaha untuk mencari tempat tinggal sementara untuk mangsa.

Adun Sebatik Abdul Muis Picho yang turut berada di tempat kejadian pula berharap kerajaan akan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan yang masih ramai tinggal di kawasan setinggan seperti di Kampung Vietnam untuk menerima rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat.

suber dr:Bernama.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Template by NdyTeeN